Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Hari Merdeka ke-54

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada sesiapa yang terbaca tulisan aku ni.
Tahun ni Malaysia meriah la sebab sambutan hari raya sekali dengan Sambutan Kemerdekaan negara yang ke-54. Meriah sungguh malam menjelang Hari Raya, mat rempit membawa Jalur Gemilang keliling pekan Alor Staq, orang ramai kalut duk membeli di depan Che Det Mall, di Up Town Stadium Darulaman pula dengan jualan nak perabis stok.

Sessi photography di Rumah Tok Su pada 29 Ramadhan.
Raya kali ini kita semua bernasib baik juga, Allah s.w.t memberikan cuaca yang sangat baik. Walau pon sudah 4 -5 hari hujan turun sebulan menyambut Hari Syawal.


Ni ketika di rumah aku Hari Raya ke-2.

 Hari Raya tahun ni aku kurang sihat sebab demam. Selalu sangat terkena ayaq hujan. Tiba-tiba first day raya panas terik. Memang faktor-faktor utama la. Seperti biasa sessi menziarahi open house aku mulakan dengan open house aku dulu. Mak aku masak Bihun Sup. Dengan daging 10kg, bihun 10 packet, tentu boleh bajet berapa ramai orang nak mai kan.


Wahdi, aku & Amex di rumah aku


 Di rumah Wahdi Bin Lohan hari raya ke-5


Tengah duk tarik rambut Mat Dewa


 Ni Barbeque di rumah Takie Hari Raya ke-4


Ramai-ramai amik pict.


Aku semasa open house rumah Takie

 
Dari atas kiri, Dzul & Pali
Kiri : Aku, P-JOQ & Takie

Hanan & PJoq

Raya kali ini aku sempat pi umah Mat Noq, Takie & Wahdi. Yang lain semua aku terlepas sebab demam. Demam aku sikit ja, aku ja yang buat terok. Apa-apa pon, Raya kali ni adalah raya yang paling best dalam sQuarDa kami. Sebab Pjoq dah habis study di UK, Takie, Matnoq, Mon, Mat Dewa, aku, Pok Yu, Lemi, Wahdi, & Hanan dah habis study jugak. Yang tinggal Mat Katek, Pak Cop, Fawwas, Amex Dzul ja belom habis lagi. Semoga berjaya bagi habis study hang pa nuh.

Perubahan yang ketara dah mula nampak dalam hidup masing-masing. Gaya percakap dah nampak lain, & keluar lepak pon dah mula balik awal. Good....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin rakan-rakan & saudara ku semua
&
Selamat Hari Merdeka ke-54

Thanx to Amex sebab ada sesetengah pictures aku curi dari Facebook dia.

No comments: