Sunday, September 18, 2011

Cendawan Tiram Kelabu

Hye, kali ini aku ingin bercerita mengenai pengalaman aku & juga 2 orang kawan aku iaitu Wahdi & Mon (Nazmi) pada 16 September 2011. Pengalaman kami kali ini ialah melawat kebun cendawan milik En.Razak. Tujuan kami melawat kebun cendawan ni sebab kami mahu membuka sebuah kebun cendawan di area Alor Star. Sebab tu kami memerlukan ilmu mengenai penanaman cendawan terlebih dahulu.

Perjalanan kami bermula selepas Mon pi amik Wadi & mai umah aku. Lokasi rumah Pak Cik Razak yang terletak di Kampung Tok Keling & kedudukan rumahnya di tengah-tengah sawah padi memaksa kami mengikuti jalan mini tar & jalan tepi tali air.

En. Razak menunjukkan cara memasukkan tudung ke dalam plastik beg.


Tudung plastik yang di masukkan kapas.

Mon  mendengar dengan teliti penerangan daripada Pak Cik Razak

Wadi sedang memikirkan buah tembikai & juga air sirap yang dijamu oleh isteri Pak Cik Razak

Susunan cendawan di dalam bangsal Pak Cik Razak yang terletak di belakang rumahnya.

Cendawan Tiram Kelabu yang bakal kami tanam tidak lama lagi.

Alamat pengedar benih cendawan & barang-barang keperluan untuk penanaman cendawan.

Ringkasan penanaman Cendawan Tiram Kelabu :
1. 10kg Habuk kayu getah dicampur dengan 1kg dedak padi & 1gram kapur pertanian.
( Digaul dengan air sehingga semua ramuan di atas kelihatan lembab)
2. Masukkan ramuan di atas ke dalam plastik beg 
( Pastikan berat setiap plastik beg tidak melebihi 900gram & tidak kurang dari 800gram )
3. Selepas itu masukkan tudung du muncung plastik beg )
4. Setelah selesai, plastik beg yang berisi ramuan perlulah dikukus selama 8 jam.
( Untuk mematikan bakteria yang tidak diperlukan )
5. Selepas itu dibiarkan sejuk selama 6 jam
6. Dalam tempoh 36 jam selepas disejukkan, benih cendawan perlulah dimasukkan dengan segera dan muncung plastik beg ditutup dengan penutup yang mempunyai kapas.
( Pastikan tiada sebarang cahaya yang terang semasa mengisi benih cendawan )
( Masukkan benih sebanyak 1/2 sudu besar di dalam setiap plastik beg )
7. Setelah itu, plastik beg diletakkan secara menegak sehingga plastik beg bertukar wana keputihan.
8. Selepas warna telah bertukar kepada putih dengan nisbah 3 suku plastik beg, plastik beg bolehlah diletakkan di dalam rak-rak yang telah disediakan.
9. Tempoh menunggu untuk harvest cendawan ini ialah 2 bulan.

Selamat mencuba.

( Maklumat di atas adalah melalui penerangan yang di sampaikan oleh pak cik Razak, kami masih belum mencubanya lagi. Nanti bila dah siap, aku pasti menulis semula bagaimana cara menanam dengan lebih teliti & terperinci )

No comments: