Wednesday, August 24, 2011

YAMAHA Nouvo S


Baru-baru ni aku telah hantar motor aku yang sangat nazak ke kedai untuk repair. Masalah motor aku ialah bunyi yang dah macam mesin KOBOTA, daya pecutan pon memang tahap paling teruk, dengan minyak motor x stabil (Minyak makan kuat orang Kedah kata). Merata tempat aku duk fikir, area Jln Sultanah, Langgar, Jln Datuk Kumbar, Kuala Kedah tapi yang pasti Kedai Motor Bersebelahan Masjid Zahir yang dikatakan pandai repair skute memang aku x pi la. Dulu pi hantar sampai kena caj RM 3++, tapi haram rosak balik lepas tu.

Jadi aku duk termunung, muhasabahkan diri balik. Pap!! Teringat zaman sekolah dulu. Aku pernah ambil Hanan kat sebuah bengkel terletak di Jalan Putra. Dulu teringat Hanan pernah repair Yamah 125 dia kat situ.


Kedai tersebut bernama Kow Service Centre. Sebuah kedai repair motorsikal khusus untuk penunggang motor berjenama YAMAHA. Layanan yang diberikan lebih elok daripada kedai-kedai repair yang lain, (Rasanya sama macam kedai pomen yang lain kot) cuma cara penyampaian masalah motor tu mudah aku fahami.

Selepas dia terang pung pang pung pang kat aku, aku tinggal la motor aku. Sebab motor tu memang nak kena tinggal sehari dua sebab nak kena overhaul enjin dia. Aku hantar pagi dalam area jam 10 pagi lebih kurang la.

Dalam tempoh 5 @ 6 jam, aku dapat call dari kedai tu, suruh pi tengok kerosakkan yang terjadi dekat motor aku. Bila sampai, aku tengok assistanat dia tengah duk cuci enjin. Mak ai terkejut aku tengok minyak hitam yang membeku. Dah jadi macam getah dalam enjin tu. Sebab tu la motor aku x ada daya pecutan. Minyak hitam membeku & menyebabkan saluran minyak jadi tidak lancar.

Aku rasa sebab kes aku lambat tukar minyak hitam dulu sampai jadi macam ni. (Lepas ni xsanggup la nak delay tukar minyak enjin).

Selepas 2 hari aku hantar masuk kedai. Motor aku telah kembali pulih seperti sedia kala. Dengan bunyi enjin yang sedap telinga mendengar & daya pecutan seperti motorsikal yang baru keluar dari kilang. Tapi harga caj yang dikenakan memang berpatutan la, RM 875. Murahkan ? Macam barua lagi. Stress tengok bil.


Tapi aku memang puas hati la bila harga dia cakap tu memang aku selalu dengar dari member-member yang dah overhaul motor ni. Sekarang motor aku berada dalam pantang,( macam orang bersalin la pulak ), sebelum aku boleh lanyak puas-puas.


Kalau anda memeliki motorsikal berjenama YAMAHA, jangan lupa hantar service di

KOW Service Centre
170-A Jalan Putra, 05100 Alor Star
Kedah
04-7339445 012-5674054

(Bila Angelina Jolie nak nek motor dengan aku pulak?)

1 comment:

Anonymous said...

Salam bro...nak tanya..jika nouvo s bunyi Bering tanda nak jem ke?
Aku baru nak beli motor yamaha nouvo ni secondhand tapi owner asal cakap baru tukar gear box dan services
Lepas tadi aku pi tengok dia cakap ada bunyi bearing...jadi aku nak tau la serba sedikit tentang motor nouvo s ni...aku takut satgi aku beli tak sampai 2 hari naik rosak kena repair banyak duit plak..itu ja aku nak tau..

Kalau boleh WhatsApp aku lagi baguih
01114646541

Tq bro