Monday, August 22, 2011

Mula-mula

Assalamualikum...
Hye...
Salam Sejahtera...

Nama aku Kamal, ini blog ke-3 aku selepas MyPapan Skateboarding & juga MyPapan Skateshop. Blog ini aku create untuk aku meluahkan apa yang aku xpuas hati dalam sessi kehidupan aku. Kepada sesiapa yang terbaca dalam blog aku nih, sorry tau. Mungkin akan mengguris hati hang pa semua.

Awat perlu ada 2 or 3 blog?
Jawapannya : 2 blog tadi untuk career aku, aku x ada tempat untuk luahkan perasaan aku dalam dunia cyber ni. Gila nak tulis "hari ini aku sungguh berbangga selepas land trick 50-50 kat rail setinggi buku lali" dalam MyPapan. Mesti orang akan cakap aku ni pulun & bangang lah... (Sebab aku salalu cakap camtu kat orang.)

Blog ni untuk apa pulak?
Jawapan : Bangang! refers kat ataih. Tapi nak cerita lagi sekali. "MyPapan Skateboarding aku wujudkan untuk bawa naik scene skateboarding & sebarkan berita-berita penting dekat area utara" nih, manakala "MyPapan Skateshop aku wujudkan untuk memeriahkan aktiviti jual-beli". Senang cakap sesiapa yang teringin nak letak iklan ka apa ka boleh la berhubung terus dengan aku.

Blog ni nak letak iklan Nuffnang x?
Jawapan : Mesti la aku letak, kot-kot ada orang tertekan bleh la jugak skupang dua. ("Mintak-mintak la ada 3,4 juta org yang klik")

Awat nak kena ada perkataan "My" dalam blog ini juga?
Jawapan : My bermaksud "saya", dalam bahasa Kedah pula Mai tu bermaksud "mari". bagi aku pula, perkataan My ni macam ada Luck or Rezeki la.

Pictures apa yang akan diletakkan dalam blog ini?
Jawapan : Pelbagai pict yang aku sempat shoot. Pict seperti pokok, daun, gunung-gunung, bangunan, kereta, semua la yang macam dalam blog orang lain tuh.

Rasa-rasanya akan sentiasa update x blog ini?
Jawapan : sentiasa ka x sentiasa ka ikut sedap jari. Kalau nak tulis aku tulis. Tapi rasa-rasanya selalu kot.

Itu sahaja aku nak tulis malam ni. Tinggal lagi 9 hari menjelang Hari Raya Aidilfitri.

"Selamat Berpuasa kepada yang beragama ISLAM, kepada yang dah murtad tu lega la hang pa x gaduh nak posa. ( Sok kat neraka tau la hang pa sebab apa Allah S.W.T suruh posa)"

No comments: