Sunday, September 20, 2015

AZIZ SATTAR & S.SHAMSUDDIN KAMI LA PENYAMUN SONG LYRIC





KAMI PENYAMUN

(Siul)

Hoi!

Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun di dalam ini negeri
Kerja merompak, mencilok dan mencuri
Tidak memilih mas intan kerbau sapi
Asal yang boleh ku bawak lari
Kami penyamun
Penyamun

Lalala...

Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun cukup berilmu kebal
Pasal mencuri terkenal paling handal
Ayam dan itik semua kami bedal
Siapa mau lawan ku tunjal-tunjal
Kami penyamun
Penyamun

Sing by Aziz Sattar and S.Shamsuddin  in P.Ramlee movie " Nujum Pak Belalang " (1959)

Wednesday, October 15, 2014

HUMBLE MOZILLA BUNDLE

Cool giler game ni, smpai naik kebas jari menekan button keyboard untuk tembak monster.

Tuesday, April 29, 2014

AHMAD ALBAB OPENING SONG LYRIC



Ini kisah gembala kambing
Hal dunia tak ambil pusing
Walau kocek selalu kering
Hatinya tak pernah runsing

Kerna yakin serta beriman
Jodohnya gadis rupawan
Kahwin free anak hartawan
Secantik putri kayangan

Ahmad Albab lahir kedunia
Di gua berjumpa harta
Gembala menjadi kaya
Seperti raja

Ahmad Albab ibni Syawal
Ahmad Albab ibni Syawal
Ahmad Albab ibni Syawal


Tuesday, January 7, 2014

Akyb Afandi - Switch Fs Tailslide Switch Fs Flip Out

Semalam hari yang paling bermakna la dalam career aku sebagai videographer skate, Akyb dah land switch tailslide switch fs flip out. Memang puas hati dapat footage yang clean dan gempak macam ni. Aku bersyukur sangat..
 

Monday, December 30, 2013

Ilham

Hye,,,

Dah lama aku x tulis dalam blog ni. Sedar x sedar dah 2 tahun x tulis. Dulu duk fikir macam banyak masa nak tulis, tapi sekarang ni dengan sibuk kerja, badan jadi malas, otak jd lembab ja nak fikir benda apa yang nak tulis.
 
sekarang aku tengah siapkan satu cerita. Maybe satu cerita cinta or satu cerita motivasi untuk semua orang. Aku baru dapat ilham baru dari seorang rakan online aku..

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pelanggan MrTony Gargare, Let Buy, MyPapan Skateshop,  pembaca di blog MyPapan Skateboarding serta kenalan & warga kerja yang sentiasa menyokong penubuhan MyPapan Skateboarding. Saya menyusun sepuluh jari meminta maaf zahir & batin kepada anda semua jika terdapat salah & silap dalam tutur kata yang keluar dari mulut & dari article tulisan saya.

Teruskan menyokong saya dalam kerjaya ini agar memberi semangat untuk meneruskan usaha dalam mengembangkan sukan ini & jangan lupa sumbanglah sedikit idea agar kita dapat bersama-sama mewarnai sukan ini.

Sekian saja ucapan saya pada tahun ini.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 
&
 Maaf Zahir & Batin

Tony Kamal
Founder MyPapan Skateboarding, MrTony Garage & Let Buy

Friday, December 2, 2011

Semoga Cepat Sembuh Essmat !

Baru-baru ni aku pi melawat mamat di atas ni iaitu Essmat kat rumah dia. Baru lepas kena langgaq dengan taxi. Nasib baik la patah bahu dengan cedera sikit kat lutut, tapi yang paling nasib baik awek dia x ada masalah yang serious

"Malang tidak berbau, benda sudah terjadi. Hati-hati di jalan raya".

Aku doakan semoga cepat sembuh Essmat kembali pulih seperti sedia kala :)

Thursday, November 17, 2011

Malaysia Art Book Fair 2011, National Visual Ats Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia, 1 - 15 December 2011


Date : 1 - 15 December 2011
Venue : National Visual Arts Gallery, No.2 Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur, Malaysia
Time : 10.00 a.m - 6.00 p.m

For more information please click Malaysia Art Book Fair logo

Visit Malaysia Art Book Fair 2011 Facebook

Monday, October 17, 2011

Himpunan Sejuta Umat, Std Shah Alam, 22 October 2011

 Date : 22 October 2011
Venue : Shah Alam Stadium, Section 13, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Time : 2.00 p.m - 6.00 p.m

Marilah kita beramai-ramai ke Stadium Shah Alam untuk menunjukkan sokongan kita semua & menaikkan semangat uamt Islam di Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sambutan ini, sila klik logo Himpun di bawah ini

Tuesday, October 4, 2011

Lawatan Member-Member Ke LEK Garden

Inilah ngupa kawan-kawan aku yang mai melepak kat kebun aku semasa tempoh percutian depa selama sebulan. Tak banyak photo yang diambil dan ada lagi 2 photo hilang iaitu photo Mon & Mat NoQ


 Mr Takie yang kelihatan stress selepas mendengar Mat Katek berletiaq.

 Tudia artis pakai topi kebun, x ada gaya langsung jadi Hang Kebun
 Mat Katek cuba menenangkan diri selepas mengalami kesulitan di Maybank
Fawwas cuba mengikut jejak langkah Mat Katek dengan mengangkat tanda PEACE !..